Kursus Keusahawanan-Bengkel Penanaman Cendawan Tiram
24 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniBengkel penanaman cendawan tiram ini bertujuan untuk melahirkan komuniti setempat terlibat dalam bidang penanaman dan sekali gus menceburi bidang keusahawan. Program ini adalah dengan kerjasama JKKK Kg.Kubu Gajah dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Paya Jaras.
Kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada suri rumah dan golongan belia. Dengan kursus yang dijalankan ini peserta dapat menjana pendapatan hasil penanaman cendawan ini. Peserta diajar cara untuk menamam, menjaga, mendapatkan benih dan memasarkan cendawan. Seramai 30 orang peserta yang menyertai program keusahawanan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: